Tahun 1999 menjadi satu kenangan yang terindah dan sukar dipadamkan. Api kenangan terus membara walaupun dibasahi titisan hujan. Saat ini kenangan itu terus mengamit rasa cinta yang kian marak semarak api membakar hutan belantara. Cebisan kenangan yang seakan-akan pudar menjadi tanda tanya Mengapa perlunya ada rasa cinta. Namun didalam sanubari sukar untuk menyatakan kepastian.
Cinta yang berputik waktu itu menjadi pegangan yang kukuh masa ini. Tetapi waktu amat cemburu sehingga tidak menghiraukan kata hatinya. Peralihan masa yang perlahan menjadi tak keruan.......masa itu sangat mencemburui cintanya....masa itu sengaja menjauhkan kenangannya...masa itu ingin mengagalkan hasratnya yang terpendam..ahhh...masa hanyalah suatu yang tidak bernyawa...masa berjalan mengikut lumrahnya...masa juga ketentuanNya
Mengamit kembali saat indah itu membuatkan hatinya terus pilu. Bukan kerana cintanya tak berbalas tapi kerana waktu itu sangat tidak mengizinkan..namun dalam keakuran dia menyatakan hasratnya untuk tidak akan melupakan saat itu. Saat itu kukuh disimpan dalam peti besi hatinya..tidak sesiapa yang mampu membukanya...kecuali dia..dialah kunci kepada segala kunci hatinya........tapi tak jua pasti kunci itu di mana..
Saban hari hatinya berkata, "sayang, saya sangat merinduimu walau di manapun kau berada...saya tetap cintakan kamu. Dikaulah segalanya, dikau kunci hatiku..."
Kerinduan semakin membara tatkala kenangan manis bersama datang menjelma. Gurau senda, tawa, senyuman, cubitan mesra membuatkannya menanggung seribu kerinduan yang tanpa penghujungnya. Mengapa????
Ya..mengapa harus ada perasaan cinta..walau ku tahu harapan untuk bersama senipis angin bayu yang bertiup..Mengapa mesti ada kerinduan di lubuk hati yang sukar dimengertikan..tiada kata lagi yang dapat mentafsirkan perasaan itu..namun hanya kedua insan yang merasainya mampu menjawab persoalan..mengapa??
ReplyDeletePerasaan suci yang telah lama terkubur kian teransang tatkala menatap wajahnya..dan di saat kedengaran rintihan sayu suara si dia...bagai mengharap cinta dan kasih yang telah lama cuba disemadikan di lubuk hatinya yang paling dalam..namun satu lagi persoalan yang kian menghimpit jiwanya..adakah lagi harapan untuk bersama kunci hatinya..mungkinkah ada peluang untuk dirinya di hati si dia..namun persoalan tidak terjawab olehnya..hanya si dia yang mampu memberi jawapan bagi kemungkinan yang ada..